Khamis, November 17, 2011

Tuan Perancang Aktiviti

Salam

Sejak 2dua tiga bulan ini, bermacam-macam perancangan terlintas di minda. Semua berkenaan dengan aktiviti bersama kawan-kawan BANDELA. Keobsessan merancang timbul bagai lelaki yang terlihat awek seksi berseluar pendek dikedai mamak pada waktu malam.

Ok, untuk perancangan pertama selaku master man, pada hujung tahun dan awal tahun (31.dec.2011-2.januari.2012) acara 3hari 2 malam yang lebih kepada trip BANDELA (sandakan-kk-pulau manukan-kundasang-poring-sandakan) telah dirancang dan diwar-warkan. Diharap aktiviti ini dapat berjalan dengan lancar. Respon dari kawan-kawan setakat ini sangat menggalakkan. Ini kalau di ikutkan boleh lah dikira sebagai salah satu acara terbesar untuk BANDELA selepas kali terakhir aktiviti seperti ini dibuat. Kalau tak silap tahun 2004 pergi picnic ke Pulau Bai.

Doa dan sokongan rakan-rakan amat diharapkan untuk melihat aktiviti nie berjalan dengan lancar. dan jika aktiviti ini suksess, InsyAllah akan ada lagi yang menyusul.

Kedua, maurinho ingin mengumpul semua BANDELA untuk menubuhkan pasukan Bola Sepak sendiri dengan nama BANDELA ST. Bermain didalam liga dan kejohanan sekitar daerah Sandakan. Tujuaan untuk bersuka-suka sambil bersenam. Otak sihat badan cergas. Harap benda ini juga turut suksess. Sponsor pun rasanya sudah ada dalam senarai. Mr Bos sila ambik perhatian. hahaaaiiiiii


Tiada ulasan:

Catat Ulasan