Selasa, November 29, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Assalamualaikum w.b.t

Masih belum terlewat rasanya untuk saya mengucapkan selamat tahun baru buat semua umat islam di serata dunia. Diharap dengan kedatangan tahun baru ini 1433H segala kebaikan akan berterusan dan segala keburukan diharap berkurangan.

Sudah menjadi kebiasaan setiap orang, apabila tiba tahun baru perkara yang sibuk dibicarakan sudah tentu azam. Ok senang cerita azam aku untuk tahun ini ingin mencari orang rumah. kehkehkehkeh. Jadi sebelum ada orang rumah, kena lah cari calon nya kan. Ok gadis-gadis diluar besedialah ya dengan pencari cinta ini. kahkahkahkah

Sebetulnya kalau boleh dapat kerja dengan lebih baik dan lebih relax dari sekarang. (walaupun sekarang ini memang la sangat relax..hehehe). Untuk segi kewangan pulak, azam tahun ini mahu kumpul sekurang-kurangnya dalam simpanan ada lah dalam 10K barangkali.

Seperti biasa, tahun ini berazam juga untuk bercuti keluar negara. Indonesia barangkali dan ini bergantung dengan pencapaian simpanan kewangan tadi.

Ok la, cukuplah untuk cerita tahun baru dan azam baru. Biasanya kita ini sibuk berazam tiap tahun, tapi pencapaian tetap kelaut. kehkehkehkeh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan