Selasa, November 29, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Assalamualaikum w.b.t

Masih belum terlewat rasanya untuk saya mengucapkan selamat tahun baru buat semua umat islam di serata dunia. Diharap dengan kedatangan tahun baru ini 1433H segala kebaikan akan berterusan dan segala keburukan diharap berkurangan.

Sudah menjadi kebiasaan setiap orang, apabila tiba tahun baru perkara yang sibuk dibicarakan sudah tentu azam. Ok senang cerita azam aku untuk tahun ini ingin mencari orang rumah. kehkehkehkeh. Jadi sebelum ada orang rumah, kena lah cari calon nya kan. Ok gadis-gadis diluar besedialah ya dengan pencari cinta ini. kahkahkahkah

Sebetulnya kalau boleh dapat kerja dengan lebih baik dan lebih relax dari sekarang. (walaupun sekarang ini memang la sangat relax..hehehe). Untuk segi kewangan pulak, azam tahun ini mahu kumpul sekurang-kurangnya dalam simpanan ada lah dalam 10K barangkali.

Seperti biasa, tahun ini berazam juga untuk bercuti keluar negara. Indonesia barangkali dan ini bergantung dengan pencapaian simpanan kewangan tadi.

Ok la, cukuplah untuk cerita tahun baru dan azam baru. Biasanya kita ini sibuk berazam tiap tahun, tapi pencapaian tetap kelaut. kehkehkehkeh

Jumaat, November 25, 2011

kurita bah itu

Seorang pemuda sedang bercerita dengan seorang pak cik tua berkenaan hal-hal binantang buruan. Si pakcik sangat hebat dalam selok belok berburu. Si pemuda bertanya kepada si pakcik itu.

Pemuda : Pakcik kalau tembak kancil, pakcik sembelih dan pakcik makan ka dagingnya?
Pakcik : uii makan lah bah nak, sedap bah tu masak kicap.

Pemuda : kalau rusa?
Pakcik : uiiiiiiiii nak, itu lagi la sedap bikin daging bakar.

Pemuda : kelisa pakcik?
Pakcik : uiiiiiiiiiiiiii nak, susah itu mau ditembak, tapi kalau dapat puas hati isi nya..

Pemuda : kumbara cik?
Pakcik : uiiiiiiiiiiiiiiiii ko gila ka nak, kurita perodua bah itu, empat tayarnya. mana bulih makan..

Si pemuda adalah salesman Perodua.

Khamis, November 17, 2011

Tuan Perancang Aktiviti

Salam

Sejak 2dua tiga bulan ini, bermacam-macam perancangan terlintas di minda. Semua berkenaan dengan aktiviti bersama kawan-kawan BANDELA. Keobsessan merancang timbul bagai lelaki yang terlihat awek seksi berseluar pendek dikedai mamak pada waktu malam.

Ok, untuk perancangan pertama selaku master man, pada hujung tahun dan awal tahun (31.dec.2011-2.januari.2012) acara 3hari 2 malam yang lebih kepada trip BANDELA (sandakan-kk-pulau manukan-kundasang-poring-sandakan) telah dirancang dan diwar-warkan. Diharap aktiviti ini dapat berjalan dengan lancar. Respon dari kawan-kawan setakat ini sangat menggalakkan. Ini kalau di ikutkan boleh lah dikira sebagai salah satu acara terbesar untuk BANDELA selepas kali terakhir aktiviti seperti ini dibuat. Kalau tak silap tahun 2004 pergi picnic ke Pulau Bai.

Doa dan sokongan rakan-rakan amat diharapkan untuk melihat aktiviti nie berjalan dengan lancar. dan jika aktiviti ini suksess, InsyAllah akan ada lagi yang menyusul.

Kedua, maurinho ingin mengumpul semua BANDELA untuk menubuhkan pasukan Bola Sepak sendiri dengan nama BANDELA ST. Bermain didalam liga dan kejohanan sekitar daerah Sandakan. Tujuaan untuk bersuka-suka sambil bersenam. Otak sihat badan cergas. Harap benda ini juga turut suksess. Sponsor pun rasanya sudah ada dalam senarai. Mr Bos sila ambik perhatian. hahaaaiiiiii


Isnin, November 14, 2011

cerita 3 sabun berwarna

ada 4 orang kawan yang tinggal di bandar, 3 darinya hanya kenal satu warna sahaja. Merah, kuning dan hijau. Yang sorang adalah penjual sabun dan secara kebetulan sabun yang dijual hanya 3 warna.

tiap-tiap sabun ada keistimewaan tersendiri serta kekurangan masing-masing. hanya penjual sabun dan pembeli sabun saja yang tahu.

Ahad, November 13, 2011

Spare Tyre

Hari itu member aku ada cerita kereta adik dia punya tayar spare kena curi, jadi dia pesan suruh beli mangga guna untuk kunci tayar "spare". Aku boleh buat-buat dengar tak dengar ja. Parking depan rumah mana lah boleh hilang. Nak-nak kunun sudah pasang pagar. Tapi aku lupa kalau aku parking depan sebelah rumah, mana ada pagar lagi.

Tadi, petang kurang lebih jam 5,

lepas makan roti sardin cicah kari ikan, minum teh o ais dekat kedai mamak aku tengok belakang kereta macam ada perubahan. Pejam celik mata, gosok-gosok mata, member aku terus tanya, tayar spare ko mana?

jahanam, terus berkira-kira hujung bulan nanti sudah tau barang apa mahu di beli.

Dalam kepala otak fikir-fikir, ok jugak kalau hanya bermodalkan pembuka tayar aku gerak tempat letak kereta malam nie. kehkehkehkeh

Khamis, September 15, 2011

Perasaning bikin pening

cakap sama hati,
apa yang berbunyi,
jangan biar mati,
diri merasa sunyi.
(perasaan tika dan waktu ini)

bila malu,
tapi mahu,
cuba dulu,
baru tahu,
(perasaan tika dan waktu ini)

duduk rapat-rapat,
genggam erat-erat,
siapa cepat,
dia dapat.
(perasaan tika dan waktu ini)

Selasa, September 13, 2011

Sabah 3-1 Johor

Sabah 3-1 Johor

Kempen masih hidup dan terus hidup dengan 3 mata. Kleseman dalam kumpulan A dengan 7 mata dan tamat pusingan pertama.

Quote dari peminat yang berada di Stadium Likas..

Peminat pakai jersi biru malaysia seluar jeans potong paras lutut selipar crocs "gaut ka kau, kenapa jatuh terus, bagus pigi cek la bah, dekat sudah tu hospital smc" melihat aksi pemain sabah no.10.

Brader gigi ronggak rosak akibat rokok atau ketagihan montokuk barangkali "ingat senang ka dorang mau kasi masuk gol, takanannn bah tu main di dalam padang" ketika tandukan sabah no.10 di dakap kemas penjaga gawang Johor.

Remaja usia lepasan spm dan budak uitm, Sabah "aku naik bas jak nie pigi sini mau tinguk bola, kalau draw ka kalah ka memang soiiii la ini malam" ketika keadaan tengah seri 1-1.

"apala nie apala nie..bikin buduh saja masuk..bagus ndak payah ko main" reaksi awek seksi seluar pendek hitam baju biru longkang terdedah..

Jumaat, September 09, 2011

Penyakitan kelawar

batman ikon bagi pengamal insomnia. kerana bagi mereka yang susah tidur malam akan digelar kelawar. ya memang dulu aku suka layan cerita batman and forever. jadi tidak hairanla kalau sekarang susah sangat mata ini untuk lelap awal.

Jumaat, Mei 13, 2011

Bermula sebuah impian

Assalamualaikum,

Permulaan kepada yang baru. Rezeki ada dimana-mana cuma perlu sedikit kerajinan ditambah usaha dan tidak dilupakan "nasib". Ya, mungkin ini kah yang dinamakan nasib. Sama-sama kita lihat dan nantikan hasilnya.

Aqwa Rhating Services. Antara kehidupan dan impian. Semoga suksess hendaknya. Amin

Ahad, Mei 01, 2011

Laporan hujung-hujung musim

Aksi kejar-mengejar masih berterusan di England, manakala di Sepanyol semakin perlahan. Bagi penduduk Jerman pula sudah bole tidur nyenyak tanpa bunyi bising aksi kejar mengejar.

Laporan dalam negeri pula, sudah-sudah la ko main bubut-bubut bah, ko bubut no 10 sajak bah.


Rabu, Februari 02, 2011

Sabah Rhinos

Guna Sabah Rhinos rasanya lagi baik dari Sabah Hawks la. Tadi main dalam lumpur. Lawan pun kuala lumpur. Kalo Sabah Rhinos memang tak jadi masalah pun mau bawa balik 3 mata tadi.

2 perlawanan di tanah melayu dalam masa 1 minggu dan berjaya bawa balik 1 mata sudah kira cukup baik la buat permulaan musim nie. Lagipun lama sudah ndak merasa main liga super kan. Ok la 2. Gol tadi pun nampak bola sudah mati tapi wasit tatap kira jugak gol. Biasala adat perlawanan.

12.2.2011 nanti perlawan pertama di Likas lawan Kedah. Aku harap yang datang pigi tengokgame kali nie bukan sebab mau ikut cabutan bertuah di akhir perlawan macam musim-musim lepas.





Sabtu, Januari 29, 2011

Hujan itu indah

Hujan berterusan turun tanpa henti untuk hari ke-4 berturut-turut. Ya memang hujan itu indah bagi mereka yang kuat tidur. Indah sampai tidak bangun untuk pergi kerja, tidak bangun untuk hadir meeting, tidak bangun disebabkan mimpi yang indah-indah.

Ya, kalau hujan masih belum berhenti untuk 2 3 hari lagi, bersiap la berpaking-pakingan barang dan bersedia untuk ketempat yang lebih selamat. Banjir di sandakan?