Ahad, November 13, 2011

Spare Tyre

Hari itu member aku ada cerita kereta adik dia punya tayar spare kena curi, jadi dia pesan suruh beli mangga guna untuk kunci tayar "spare". Aku boleh buat-buat dengar tak dengar ja. Parking depan rumah mana lah boleh hilang. Nak-nak kunun sudah pasang pagar. Tapi aku lupa kalau aku parking depan sebelah rumah, mana ada pagar lagi.

Tadi, petang kurang lebih jam 5,

lepas makan roti sardin cicah kari ikan, minum teh o ais dekat kedai mamak aku tengok belakang kereta macam ada perubahan. Pejam celik mata, gosok-gosok mata, member aku terus tanya, tayar spare ko mana?

jahanam, terus berkira-kira hujung bulan nanti sudah tau barang apa mahu di beli.

Dalam kepala otak fikir-fikir, ok jugak kalau hanya bermodalkan pembuka tayar aku gerak tempat letak kereta malam nie. kehkehkehkeh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan