Selasa, November 29, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Assalamualaikum w.b.t

Masih belum terlewat rasanya untuk saya mengucapkan selamat tahun baru buat semua umat islam di serata dunia. Diharap dengan kedatangan tahun baru ini 1433H segala kebaikan akan berterusan dan segala keburukan diharap berkurangan.

Sudah menjadi kebiasaan setiap orang, apabila tiba tahun baru perkara yang sibuk dibicarakan sudah tentu azam. Ok senang cerita azam aku untuk tahun ini ingin mencari orang rumah. kehkehkehkeh. Jadi sebelum ada orang rumah, kena lah cari calon nya kan. Ok gadis-gadis diluar besedialah ya dengan pencari cinta ini. kahkahkahkah

Sebetulnya kalau boleh dapat kerja dengan lebih baik dan lebih relax dari sekarang. (walaupun sekarang ini memang la sangat relax..hehehe). Untuk segi kewangan pulak, azam tahun ini mahu kumpul sekurang-kurangnya dalam simpanan ada lah dalam 10K barangkali.

Seperti biasa, tahun ini berazam juga untuk bercuti keluar negara. Indonesia barangkali dan ini bergantung dengan pencapaian simpanan kewangan tadi.

Ok la, cukuplah untuk cerita tahun baru dan azam baru. Biasanya kita ini sibuk berazam tiap tahun, tapi pencapaian tetap kelaut. kehkehkehkeh

Jumaat, November 25, 2011

kurita bah itu

Seorang pemuda sedang bercerita dengan seorang pak cik tua berkenaan hal-hal binantang buruan. Si pakcik sangat hebat dalam selok belok berburu. Si pemuda bertanya kepada si pakcik itu.

Pemuda : Pakcik kalau tembak kancil, pakcik sembelih dan pakcik makan ka dagingnya?
Pakcik : uii makan lah bah nak, sedap bah tu masak kicap.

Pemuda : kalau rusa?
Pakcik : uiiiiiiiii nak, itu lagi la sedap bikin daging bakar.

Pemuda : kelisa pakcik?
Pakcik : uiiiiiiiiiiiiii nak, susah itu mau ditembak, tapi kalau dapat puas hati isi nya..

Pemuda : kumbara cik?
Pakcik : uiiiiiiiiiiiiiiiii ko gila ka nak, kurita perodua bah itu, empat tayarnya. mana bulih makan..

Si pemuda adalah salesman Perodua.

Khamis, November 17, 2011

Tuan Perancang Aktiviti

Salam

Sejak 2dua tiga bulan ini, bermacam-macam perancangan terlintas di minda. Semua berkenaan dengan aktiviti bersama kawan-kawan BANDELA. Keobsessan merancang timbul bagai lelaki yang terlihat awek seksi berseluar pendek dikedai mamak pada waktu malam.

Ok, untuk perancangan pertama selaku master man, pada hujung tahun dan awal tahun (31.dec.2011-2.januari.2012) acara 3hari 2 malam yang lebih kepada trip BANDELA (sandakan-kk-pulau manukan-kundasang-poring-sandakan) telah dirancang dan diwar-warkan. Diharap aktiviti ini dapat berjalan dengan lancar. Respon dari kawan-kawan setakat ini sangat menggalakkan. Ini kalau di ikutkan boleh lah dikira sebagai salah satu acara terbesar untuk BANDELA selepas kali terakhir aktiviti seperti ini dibuat. Kalau tak silap tahun 2004 pergi picnic ke Pulau Bai.

Doa dan sokongan rakan-rakan amat diharapkan untuk melihat aktiviti nie berjalan dengan lancar. dan jika aktiviti ini suksess, InsyAllah akan ada lagi yang menyusul.

Kedua, maurinho ingin mengumpul semua BANDELA untuk menubuhkan pasukan Bola Sepak sendiri dengan nama BANDELA ST. Bermain didalam liga dan kejohanan sekitar daerah Sandakan. Tujuaan untuk bersuka-suka sambil bersenam. Otak sihat badan cergas. Harap benda ini juga turut suksess. Sponsor pun rasanya sudah ada dalam senarai. Mr Bos sila ambik perhatian. hahaaaiiiiii


Isnin, November 14, 2011

cerita 3 sabun berwarna

ada 4 orang kawan yang tinggal di bandar, 3 darinya hanya kenal satu warna sahaja. Merah, kuning dan hijau. Yang sorang adalah penjual sabun dan secara kebetulan sabun yang dijual hanya 3 warna.

tiap-tiap sabun ada keistimewaan tersendiri serta kekurangan masing-masing. hanya penjual sabun dan pembeli sabun saja yang tahu.

Ahad, November 13, 2011

Spare Tyre

Hari itu member aku ada cerita kereta adik dia punya tayar spare kena curi, jadi dia pesan suruh beli mangga guna untuk kunci tayar "spare". Aku boleh buat-buat dengar tak dengar ja. Parking depan rumah mana lah boleh hilang. Nak-nak kunun sudah pasang pagar. Tapi aku lupa kalau aku parking depan sebelah rumah, mana ada pagar lagi.

Tadi, petang kurang lebih jam 5,

lepas makan roti sardin cicah kari ikan, minum teh o ais dekat kedai mamak aku tengok belakang kereta macam ada perubahan. Pejam celik mata, gosok-gosok mata, member aku terus tanya, tayar spare ko mana?

jahanam, terus berkira-kira hujung bulan nanti sudah tau barang apa mahu di beli.

Dalam kepala otak fikir-fikir, ok jugak kalau hanya bermodalkan pembuka tayar aku gerak tempat letak kereta malam nie. kehkehkehkeh